Online Discussion

Sesi Khas Untuk Ibu Bapa: Kenali Penyakit Lazim Kanak-Kanak!

Topik: Common Illness for Children
👨‍⚕ Bersama Dr. Zaqrul Razmal, Pakar Kesihatan Kanak-Kanak
🕒 60 minit padat dengan ilmu yang wajib diketahui oleh setiap ibu bapa!

Anak kerap demam, batuk, atau cirit-birit? Tahu tak, banyak penyakit biasa kanak-kanak sebenarnya boleh dicegah – jika kita tahu caranya.

Dalam sesi ini, Dr. Zaqrul akan berkongsi:
✅ Penyakit berjangkit paling biasa di Malaysia seperti selesema, HFMD, cacar air, demam denggi & bronchiolitis
✅ Keadaan tidak berjangkit seperti asma, ekzema & sembelit
✅ Langkah pencegahan praktikal termasuk vaksin, pemakanan, kebersihan & persekitaran sihat
✅ Bila perlu risau dan jumpa doktor?

🎯 Sesuai untuk ibu bapa anak kecil, khususnya prasekolah.

📅 Tarikh: 25 Julai 2025 (Jumaat)
⏲ Masa: 9.00 – 10.00 malam
📍 Lokasi: Google Meet
🎟 Percuma – Tempat terhad!

Storytelling & Craft Asyura Special!
“Kisah Nabi Musa & Laut Terbelah” bersama Teacher Izreen.

🌙 Anak-anak akan dibawa menyelami kisah Nabi Musa AS yang dipilih Allah SWT untuk membimbing Bani Israel dan bagaimana laut terbelah sebagai satu mukjizat besar!

📖 Diselitkan ayat Al-Quran pilihan:
•Surah Ash-Shu’ara’ 26:63 – “Maka terbelahlah laut itu…”

📅 27 Julai 2025 (Ahad)
🕗 9.30 – 10.30 pagi
📍 Google Meet
👧🏼 Sesuai untuk anak usia 3–9 tahun

🎨 Lepas dengar cerita, kita buat aktiviti kraf Laut Terbelah sama-sama!

📌 Bahan yang perlu disediakan:
– 2 helai kertas A4:
📄 Putih (latar)
📄 Biru (laut bergulung)
– Gunting & gam
– Semangat untuk berimaginasi 💙

👉 Untuk ibu ayah pula, join je sekali dengan anak, dengar kisah dan buat aktiviti sama-sama. Sambil berhibur, sambal membina iman kecil mereka. ❤

#Storytelling #MoontreeKids #BondingTime